samsiah70

Just another WordPress.com site

Teori Pembelajaran Kolaboratif April 26, 2011

Filed under: Uncategorized — Islamic View @ 1:04 am

Pembelajaran kolaboratif  menurut Panitz (1996), ‘Collaboration is a philosophy of interaction and personel lifestyle  whereas cooperation in a structure of interaction designed to facilitate the accomplishment of end product or goal’.

                Apabila pembelajaran kolaboratif dianggap sebagai satu falsafah peribadi, maka ia menyentuh tentang identiti seseorang terutamanya apabila berhubung  atau berinteraksi dengan orang lain. Dalam situasi kolaboratif, orang berinteraksi dalam kumpulan dan memerlukan penghormatan tentang kebolehan dan sumbangan ahli kumpulan. Di dalam pembelajaran kolaboratif memerlukan kerjasama daripada semua ahli koperatif. Dengan itu, falsafah amalan ini digunakan dalam bilik darjah supaya tidak wujud persaingan untuk mengatasi orang lain apabila berhubung dengan orang lain.

                Pembelajaran kolaboratif merupakan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar.  Menurut John Myers (1991) pembelajaran ini mementingkan proses bekerjasama, berunsurkan sosial (John Dewey) dan mengutamakan dinamik kumpulan (Kurt Lewin). Oleh itu dikatakan pembelajaran kolaboratif merupakan pembelajaran kendiri dalam kumpulan dengan memainkan peranan masing-masing di dalam kumpulan dengan bekerjasama untuk mencapai objektif organisasi yang dibentuk. Pembelajaran  berlangsung dengan sendiri tanpa pemantauan dari guru, tetapi harus mencapai objektif yang diperlukan, maka pelajar bebas menentukan teknik dan kaedah yang digunakan.  Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pembelajaran, pelajar perlu menyelesaikannya di dalam kumpulan. Pelajar dianggap telah mempunyai kemahiran yang diperlukan, oleh itu tidak ada latihan formal dalam pembelajaran. Malahan dalam pembelajaran, pelajar tidak dipantau secara aktif. Berbanding dengan pembelajaran secara koperatif.

                Menurut Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi  aktiviti bekerjasama kerana melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran baru. Pendapat ini disokong oleh Jonassen (1996), pembelajaran kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibanding dengan pembelajaran secara individu. Melalui pembelajaran kolaboratif berbentuk projek dan aktiviti secara tidak langsung dapat membina kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi yang lebih berkesan, di samping boleh menerima  pendapat orang lain. Sebagai rujukan sila layari web berikut:

http://doc.04-94.docsviewer.googleusercontent.com

http://ishakothman.tripod.com/tugasan2apk.htm

http://www.teachersrock.net/perbezaan.htm

Advertisements
 

GE6663 April 15, 2011

Filed under: Uncategorized — Islamic View @ 11:02 am

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Teori sangat penting dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pembelajaran itu berkesan mahupun tidak . Justeru dalam penulisan ini dijelaskan pengaplikasian teori pembelajaran yang sesuai dengan pembinaan PPBK ini.

1.1          Teori Pembelajaran Sosial 

Teori pembelajaran soaial diperkenalkan oleh Albert Bandura pada tahun 1986. Teori ini juga dikenali dengan “Teori Kognitif Sosial”. Ini kerana faktor kognitif, faktor sosial dan tingkah laku  memainkan peranan penting terhadap sistem sosial pelajar (Khadijah Rohani, 2008). Di dalam teori ini, manusia dianggap sebagai makhluk aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk menjelaskan sesuatu peristiwa serta boleh berkomunikasi dengan baik.

            Proses pembelajaran di dalam teori ini adalah melalui pembelajaran timbal balik dan peniruan . Pembelajaran timbal balik dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu perlakuan, individu dan persekitaran. Perlakuan seseorang adalah hasil interaksi antara faktor dalam diri dan persekitaran. Manakala pembelajaran melalui peniruan melalui empat langkah utama iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi  (Abdullah Hassan,2004) .

1.2          Teori Pembelajaran Gagne

Teori pembelajaran yang diperkenalkan oleh Gagne pada tahun 1916 menjelaskan bahawa  pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku hendaklah secara berperingkat-peringkat ‘hieraki’ iaitu bergerak daripada peringkat mudah kepada peringkat yang paling kompleks. Ini kerana setiap pembelajaran akan mencapai objektif yang ditetapkan apabila pelajar menguasai pembelajaran dari peringkat awal hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu menurut Gagne dalam teorinya terdapat lapan peringkat pembelajaran di antaranya :

  1. Pembelajaran Isyarat. Pelajar memahami sesuatu sebagai simbol kerana pelaziman yang berlaku dalam pembelajaran.
  2. Pembelajaran Gerak Balas. Pelajar menerima sesuatu apabila terdapat motivasi berbentuk positif (ganjaran) mahupun  negatif (hukuman).
  3. Pembelajaran Rangkaian Motor. Pembelajaran kemahiran yang mempunyai huungkait dengan peningkatan pengetahuan.
  4. Pembelajaran Pertalian Bahasa.  Pembelajaran kemahiran bahasa  pelajar dalam menginterpretasikan  data yang mereka perolehi dari proses pembelajaran, sebagai tanda kefahaman pelajar terhadap apa yang mereka pelajari.
  5. Pembelajaran Diskriminasi. Proses pembelajaran menyimpan maklumat dalam jangka masa panjang dengan mengkategorikan maklumat yang penting dan kurang penting.
  6. Pembelajaran Konsep. Proses pembelajaran mengingat semula dengan mengenali ciri-ciri dan konsep secara tepat.
  7. Pembelajaran Hukum. Pembelajaran yang melibatkan konsep pemindahan maklumat secara generalisasi dengan ilmu-ilmu lain.

 

1.3          Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam Khadijah Rohani (2008) bahawa konstruktivisme ialah :

Constructivism is an approach to learning in which learner are provided the opportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal connections or relationship among the ideas and facts being taught.”

 

Dapat dijelaskan bahawa konstruktivisme ialah pendekatan  pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara  yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman “binaan”.  Secara konsepnya pembelajaran menurut teori ini pelajar perlu memainkan peranan aktif dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari (Woolfolk, 1998). Pendapat ini disokong oleh Yager (1999) yang mengambil kata-kata Giambatista Vico (1710) mengatakan ….”one only knows something if one can explain it”.

            Di dalam pengajaran dan  pembelajaran kontruktivisme ini  boleh dilaksanakan dengan memberikan  perhatian  kepada beberapa perkara berikut seperti (a) Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep. (b) Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain. (c) Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan yang lain. (d) Menghormati semua pendangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap pendangan mereka. (e) Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.(f) Menyediakan aktiviti berbentuk “hands-on” dan “minds-on”. (g)  Mementingkan kemahiran berfikir dikalangan pelajar. (h) Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilalui. (i) Meminta pelajar menghubungkan idea asal dengan idea yang baru dibina. (j) Menggalakkan pelajar membina hipotesis. (k) Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar. (l) Memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain. (m)Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar. (n) Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.

1.4          Teori Pembelajaran Pemprosesan Maklumat

Teori ini diperkenalkan oleh Woolfolh (1998), menjelaskan Pembelajaran pemprosesan maklumat  adalah aktiviti pembelajaran yang merangsang mental manusia  yang berkaitan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan. Pemprosesan maklumat ini terdiri daripada tiga peringkat ingatan iaitu ingatan deria, ingatan jangka pendek (ingatan kerja), dan ingatan jangka panjang. Di dalam ingatan jangka panjang ini pelajar perlu melalui proses mencari maklumat.

 

Pendidikan Islam

Filed under: Uncategorized — Islamic View @ 2:47 am

PANDUAN MELAKSANAKAN HAJI DAN UMRAH

Pengajaran dan pembelajaran berkesan  banyak bergantung kepada teknik dan kaedah yang digunakan guru sebagai pendekatan kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat pelajar adalah pengajaran dan pembelajaran yang aktif, kreatif dan  mencabar minda. Selain itu, seseorang guru juga perlu menguasai beberapa kemahiran di dalam pengajaran seperti menfokus dan mendapatkan perhatian pelajar, menggunakan masa pengajaran secara berkesan, menjalankan pengajaran interaktif dan menyediakan maklum balas dan pengukuhan (Shahril @Charil bin Hj Marzuki. 2004, Wan Noor Hazlina et.al. 2009).

 Oleh itu, peranan guru pada hari ini amat mencabar kerana perlu mengikuti peredaran zaman dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. Pembelajaran yang menggunakan  kaedah chalk and talk, serta syarahan dianggap membosankan. Kaedah ini hanya sesuai digunakan pada masa tertentu sahaja dan dalam jangka masa yang singkat kerana boleh menyebabkan pelajar mengantuk dan tidak memberi respond kepada guru ketika mengajar.

Justeru itu, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran. Antara kaedah yang berkesan ialah melalui penggunaan bahan multimedia di dalam pengajaran seperti penggunaan Microsoft power point, klip video, peta minda dan internet. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, slaid power point telah menjadikan pengajaran lebih menarik dengan memasukkan pelbagai grafik yang berkesan disamping penggunaan muzik sebagai latar belakang telah meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik. Selain itu, pelajar juga diarahkan supaya menyediakan satu klip video yang bertemakan Islam dan hasilnya sangat memberansangkan berdasarkan penilaian dan komen pelajar. Peta minda yang dibina melalui software Free Mind pula telah memudahkan pelajar memahami keseluruhan topik begitu juga dengan penggunaan internet seperti kemudahan youtube untuk memuat turun pelbagai video yang sesuai dengan topik yang diajar (Wan Noor Hazlina et.al. 2009). Kesimpulannya, penggunaan multimedia secara efektif telah berjaya menjadikan mata pelajaran ini lebih menarik, memberi motivasi dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar.

Subjek Pendidikan Islam merupakan salah satu subjek yang kurang mempunyai bahan bantu mengajar. Maka pengajaran dan pembelajaran banyak dilakukan secara traditional. Keadaan ini menyebabkan pelajar sukar menguasai dan memahami tajuk-tajuk yang agak kompleks seperti tajuk pada bahagian aqidah dan ibadah.

Di dalam penulisan ini, penulis akan mengetengahkan tajuk ibadat haji dan umrah. Haji  ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dengan mengerjakan ibadat-ibadat tertentu, dengan syarat-syarat tertentu pada masa tertentu.  Dalam pembelajaran  mengerjakan ibadat haji,  para pelajar perlulah mengetahui rukun-rukun haji   dan  syarat-syarat haji yang perlu dilaksanakan.  Jika tertinggal  kerana terlupa atau tidak tahu boleh menyebabkan ibadat haji tidak diterima, tidak sah dan   juga  boleh dikenakan dam.

Pengajaran tajuk haji merupakan bahagian yang kompleks untuk memberi kefahaman dan gambaran kepada pelajar tentang cara pelaksanaan haji. Memandangkan pelaksanaan  haji hanya  dapat dirasai apabila melaksanakan haji di Baitullahilharam sahaja. Tidak seperti ibadat-ibadat yang lain, yang boleh dilaksanakan di mana sahaja, bila-bila masa dalam kehidupan seharian kita.

Dengan itu diharapkan melalui pembelajaran berasaskan komputer (PPBK) ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada guru untuk mencipta sendiri bahan bantu mengajar mengikut aras pelajar yang  sedia ada. Di samping itu pelajar dapat lebih memahami dan menguasai serta dapat mengamalkan dengan baik pengajaran yang di terima di dalam kelas. Malahan amalan pendidikan Islam wajib dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Maka menajadi satu tanggungjawab yang berat kepada guru-guru pendidikan Islam sekiranya pelajar tidak dapat menguasai dan mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Ini kerana ia akan memberi impak bukan hanya kepada aspek kognitif, afektif malahan psikomotor pelajar.

http://www.youtube.com/watch?v=zshQIUuAKmc&feature=related

 

Psikologi Islam

Filed under: Uncategorized — Islamic View @ 2:25 am

Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi  telah membawa manusia  ke dunia era pemodenan dan globalisasi. Kemajuan ini telah memberi manusia pelbagai kemudahan dalam menjalankan aktiviti kehidupan. Namun di sebalik kemajuan yang berbentuk material sahaja telah menjadikan manusia kehilangan kemajuan dari aspek kerohanian. Memandangkan kemajuan dari aspek material telah mengubah nilai-nilai kehidupan manusia baik dari segi budaya, moral, agama mahupun sosial.

            Justeru itu manusia mulai mengalami pelbagai tekanan, kemurungan dan ketidakseimbangan  sehingga mengalami gangguan jiwa. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut termasuk dalam bidang psikologi. Namun secara umumnya psikologi kontemporari tidak mampu mengatasi semua permasalahan mangsa arus kemodenan. Melihat permasalahan ini para ilmuan Islam merasakan perlunya satu pendekatan baru yang lebih komprehensif dan bersifat kekal dalam melihat kewujudan manusia. Oleh itu wujudlah suatu ilmu sebagai suatu pendekatan psikologi berpandukan al-Qur’an dan as-Sunah pada dekat terakhir seperti di Indonesia dan Malaysia iaitu Psikologi Islam.

            Secara historikalnya kewujudan Psikologi Islam merupakan salah satu proses Islamisasi Ilmu yang berlaku di bahagian Timur. Hal ini berlaku apabila bermulanya kritikan terhadap ilmu pengetahuan  yang membawa manusia jauh dari nilai-nilai kemanusiaan pada tahun 1970 . Ilmu pengetahuan berkembang hanya dengan prinsip rasional dan berorientasikan bahan sehingga mengabaikan  nilai-nilai  agama.Ini telah dijelaskan di dalam al-Qur’an surah Fussilat 41:52. Konsep Islamisasi  ilmu pengetahuan merupakan satu gerakan berlandaskan agama dan sumber ajaran Islam (Al-Qur’an) yang dipelopori oleh Ismail Al-Faruqi dan Muhammad Naquib Al-Attas.

            Islamisasi ilmu menurut takrifan Syed Naquib al-Attas ialah suatu usaha terancang dan beransur-ansur yang akan membuahkan satu masyarakat yang berpegang teguh kepada keseluruhan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan masyarakat (al-Attas, dlm Wan Mohd Nor Wan Daud, 1991). Dengan kelahiran Islamisasi Ilmu ini, merupakan faktor utama banyak berlaku pembetulan teori-teori ilmu dari barat yang sekuler dan materialistik yang wujud termasuk ilmu psikologi moden dengan alternatif baru. Oleh itu bagi al-Attas, Islamisasi Ilmu perlu diperjuangkan sebagai pembebasan diri dari  tradisi tahyul dan pengembalian diri kepada kejadian asal yang fitrah. Maka menurutnya lagi Islamisasi Ilmu perlu bermula dengan langkah Islamisasi akal dan pemikiran melalui Islamisasi bahasa, sesuai sebagaimana dijelaskan di dalam al-Qur’an dalam surah al-Taubah 11:22.

            Dengan itu psikologi Islam terus berkembang dan di bahas dalam perlbagai conferens diantaranya seperti pada tahun 1975 American Muslim Social Scientist (AMSS) Malik A.Badri membentangkan makalah The Dilemma of Muslim Psychologists, 1977 Word Conference on Muslim Education di Mekah membahaskan Psikologi dalam Perspektif Islam. Di Malaysia Hassan Langgulung menulis buku Pendidikan Islam, Suatu Analisis Sosio-Psikologi (1979) dan Beberapa Tinjauan dalam Pendidikan Islam (1980). Sehingga tahun 2008 telah terbit lebih dari empat puluh judul buku yang membahaskan Psikologi Dalam Perspektif Islam.

            Di antara tokoh Psikologi Islam yang lahir ketika itu menurut Khaidir et.al (2009) seperti Abu Nasr Muhammad bin Muhammad bin Tharkhan (Al-Farabi), Abu Ali Al Husain bin Abdullah (Ibnu Sina), Abu Hassan Ali Al-Basry (Al-Mawardi), Abu Hamid Muhammad bon Muhamad Al-Gazali (Al-Ghazali) dan Abu Bakar Muhamad bin Abdul Malik bin Tufail Al-Qaisy (Ibnu Tufail).

            Kesimpulannya, apabila timbulnya kritikan ilmu dari barat telah membuka ruang kepada ilmuan Islam untuk memberikan  nafas baru kepada disiplin ilmu Islam berdasarkan sumber ajaran Islam (al-Qur’an). Menurut Hassan Langgulung (1979) Pemikiran zaman Yunani telah memberi sumbangan besar terhadap pemikira muslim dan kemajuan peradaban Islam. Walaupun demikian pemikir Muslim tidak serta-merta menerima pandangan dan konsep dari zaman Yunani melainkan melakukan pemilihan dan pengkajian semula berdasarkan ajaran Islam. Dengan memandang manusia sesuai dengan fitrah dan eksistensinya yang meliputi asal kejadian, potensi, kedudukan dan tujuan hidupnya.

http://www.pkukmweb.pdf

http://www.islamic-world.nt/psychology/psy.php?ArtID=203

http://www.psikologi islami-QURANI.mht

 

GE6663 March 17, 2011

Filed under: GE6663,Pendidikan Islam,Psikologi — Islamic View @ 8:18 am

pengajaran bantuan komputer

 

Hello world!

Filed under: Uncategorized — Islamic View @ 7:31 am

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!